Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, September 6, 2011

Al-Kisah Cactus :)

Assalamualaikum semua~

Sedih bagai apabila cactus saya Encik Izzu dan Cik Wiewie dilanda badai kesakitan yang tak tau punca apa,makin hari makin nak mati tak sihat je nampaknya, sungguh hati ini risau..

Petang tadi, ayah dengan muka heronya berkata, “eh adik,jom kita pegi jumpa doctor pokok kau tu, kesian ayah tengok kau dgn pokok2 kau sekali,” serius i’m touched...

Nak dijadikan ceritanya lah kan, bila Uncle Chua a.k.a doktor pokok tengok kaktus Adawiyah yang hidup segan mati pun tak nak tu ayat dia simple je, “haiya,ini pokok lu manyak letak itu air, kaktus manyak strong ma, mana mau itu air banyak2,itu sibab (sebab) dia jadik ini macam, ini mau baik kija sinang (keja senang)”,Adawiyah pun senyum selebar mungkin,lega rasanya,fuhh..

Tapi kalau nak buat klimaks nya la kan, Uncle Chua potong Cik Wiewie jadik kontot (pendek,kecil,etc),dia buang bahagian yang dah tak boleh di selamatkan,mau menangis tengok kaktus tu kena adjust macam tu,haii,nasib lah Encik Izzu tak dibedah, nanti ada yang melalak kat sana,huihui...

Dengan ini saya lega kerana masih memegang amanah menjaga kaktus sebaik mungkin (tu pun sakit dah,huuu),sementara Uncle Chua membuat sesi grooming kat kaktus, ada nasihat dia berkaitan penjagaan pokok yang boleh di adaptasi dalam kehidupan, antaranya :

  • © Setiap pokok lain kerenahnya, ada yang kena ajak borak, ada pokok yang kuat dan indipendant (kaktus J ), ada jugak pokok yang tak boleh siram petang dan lain-lain kerenah,macam manusia jugak.

  • © Pokok haruslah dibaja, baru keluar hasilnya, kalau manusia kena di beri sokongan atau rangsangan,insyaAllah membantu jadi lebih baik.

  • © Kalau sayang pokok,tunjuk kan rasa sayang, jangan abaikan.

Hah,tulah dia,lepas settle semua,Adawiyah dan ayah pun balik, ayah belikan kaktus satu, Uncle Chua bagi kaktus satu dengan ikan guppy 5 ekor, hoho, cukuplah merepek pasal kaktus dan pokok sekalian, wassalam J

P/s: rupanya ayah ajak pergi nursery tu dia nak tengok orkid, haha, tak habis-habis ayah dengan orkid dia tu J


No comments:

Post a Comment

Siapa Sayang Dia Komen