Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net
Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday, September 9, 2011

selami peranan :)

Assalamualaikum semua~



Sebelum nak mula membebel Adawiyah nak cakap, hari ni Adawiyah menyelami perasaan tiga insan, ingat tu, bukan setakat rasa, selam, ada beza tau, rasa dan selam, dapat beza?errr,lupakan, okay let me tell you guys one by one okay?

First thing first, perasaan seorang ibu, mulanya begini, pagi tadi, pada pukul 6.30 Adawiyah bangun, settle muka gigi *tak mandi* terus online, haih, itu menimbulkan marah dan rajuk umi Adawiyah secara total kerana anak dara dia ni bangun je mengadap muka laptop, bukan tau nak mula buat sarapan ke, sapu rumah ke, siram orkid ayah ke, apa-apa yang munasabah lah sebagai anak dara, fuh, sekali nak tau apa umi Adawiyah buat? Dia duduk diam je, biasa pagi-pagi umi dah pegang penyapu atau buat apa-apa, tapi kali ni dia tegolek kat sofa dan membahagiakan diri tengok Astro Oasis. Ingatkan sementara jelah, rupanya sampai pukul 7 lebih, Adawiyah perasan umi buat tunjuk perasaan bila Adawiyah ajak borak dia buat muka toya (muka tak layan). Konklusinya, umi hanya duduk depan tv dan duduk dalam bilik sambil protes dengan Adawiyah. Adawiyah dengan jiwa penuh terasa pun mulalah kemas rumah, basuh baju, masak lauk, dan pelbagai lagi, last-last dah siap segalanya dan tiba- tiba diri ini penuh rasa tanggungjawab sebagai bini dan ibu orang, tup-tup umi secara automatic okay dengan Adawiyah dan berkata, “Adik, sekarang dah faham kan betapa penatnya seorang ibu menguruskan segalanya? Umi dah hadapi hampir 30 tahun buat semua ni, nak pastikan keadaan rumah ni selesa untuk semua, tapi ada umi merungut? Kau perempuan dik, mesti kau faham”, serius aku tersentuh gila, lepastu aku jawab, “Terima kasih umi, tapi jangan merajuk lagi, tadi nak tanya masak sambal tu okay tak pun takut dah,hoho,” tapi sakit jugak bila umi jawab gini, “Okay, umi saja jek, cuma kau sapu depan tak bersih, sapu lagi,” cis ._.

Lesson kedua, lepas settle segala urusan rumah Adawiyah pun call ayah, nak suruh beli tiket balik Bangi esok dengan bayar bil internet, ayah busy, so he wanted me to buy the ticket by myself and PAY THE BILL BY MY OWN MONEY BECAUSE I AM THE ONLY PERSON WHO USE THE INTENET MOST *melayang duit aku nak shopping aih* oleh itu, rempit dan kepit-kepitlah Adawiyah guna scooter umi tu. Then, withdraw duit bayar bill, beli tiket, beli barang sikit, semua guna duit sendiri, tanpa bantuan sesiapa, masa on the way balik, Adawiyah pun layan feeling, kesian ayah, tak pernah merungut kalau kena bayar bil, tanggung anak-anak sekolah *tambah-tambah Adawiyah ni duit berapa juta dah guna,haha*, beli barang-barang dapur, macam-macam lagi lah,kesian ayah, nak beli kereta baru asyik postponed sebab nak pastikan anak-anak senang lenang,haha,nasib baik abang-abang Adawiyah menjadi bagus,bukan menjadi mak rempit takda otak bagi kucing makan, Adawiyah bila lagi nak ganti duit ayah?eerrr~

Hah yang ketiga nih takda kait dengan family Adawiyah, nama beliau Puan Azura, dulu cikgu English saya, yeah, currently dia dah tak mengajar, dia buat bermacam bisnes, tapi Allah uji dia yang kaya raya tuh dengan BREAST CANCER ya penyakit kanser nombor satu melanda para wanita, sebelah dah kena buang *err,paham tak?*tapi sekarang dia guna cara alternative, tu yang tahan dekat sepuluh tahun dengan kanser dia, masa beraya rumah dia petang tadi dia ada buat ayat yang sangat-sangat berguna untuk sesiapa nak bagi pedoman iaitu, “sakit ni Allah bagi untuk uji iman kita, untuk hapuskan dosa kita, Allah tak kejam, takkan DIA suka-suka nak bagi penyakit suruh kita mati? Allah suruh kita usaha, kuat iman, kuat semangat dengan ujian dia, kalau kita setakat berubat serata dunia tapi kita sedih, salahkan dugaan, salahkan ujian yang kita dapat, tak dekatkan diri dengan Allah mana lah nak kita baik, nak kita bertahan, lagi satu, kalau sakit jangan layan sangat, nikmati hidup yang Allah bagi ni,” optimiskan dia? Haha,sebab tu jadik antara tokoh kat Johor ni, kaya raya, kuat agama, anak- anak pandai walaupun dekat sepuluh tahun kanser dalam badan, bagus dia ni.

Hah, habis cerita, sekian, wassalam~

p/s: Adawiyah semakin belajar selam-selam perasaan orang bila dah buat salah dengan perasaan orang, err, penat taip, awak semua nak baca ke?haha,semput~